Thursday, December 12, 2013

Dirgahayu Bahasaku

Sinar kembali.

Hidup ini hanya sementara,
Usia meniti masa,
Timur,Selatan,Barat,Utara cuma arah,
Aku diantara mereka,
Sering lalai dan alpa,
Yang dimiliki selama ini,
Tidak pernah disyukuri,
Tiap kali ku dilanda sepi,
Jadi goyah keyakinan ini,
Langkahku bebas,
Jiwa merana,
Hambar kosong,
Mujur sebelum tersasar,
Ku capai sedar,
Cahaya-Mu terengi kesuraman diri ini,
Di tujuh benua,
Ku mencari,
Sedangkan Engkau  telah di sini,
Sejak sebermula,
Sentiasa di hati,
Bersinar kembali.

Dirgahayu Bahasaku

Di Sini.

Pagi yang hening,
Jauh sekaliku memandang,
Ciptaan Tuhan yang tidak ternilai harganya,
Ditatap sanubari,
Gunung yang tinggi nan jauh di sana,
Sepi yang menyelubungi diri,
Tiada teman,tiada rakan,
Untukku berbicra,
Hati ini resah,gelisah,
Memikirkan ayahanda dan bonda,
Yang jauh daripada bayangan mata,
Rindu mendengar suara yang lembut lagi manja,
Hanyaku berharap,
 Doamu sentiasa mengiringiku di sini.

Dirgahayu Bahasaku

Bila Cinta Allah.

Bila cinta ini,
Hanya untuk dia,
Danku rasa itu dengan seikhlas hatiku,
Sesungguhnya hanya Allah yang satu.

Hilangnya cahaya-Mu,
Gelapnya hidupku,
Bilaku memilih cinta yang palsu,
Ya Allah,Ya Rabbi,
Rahmatilah Daku,
Moga sejahtera,
Akhirat sana.

Melodi lagu=Bila Cinta.
                                                                                                                           

Tuesday, December 10, 2013

Tarbiyah Al-Islamiah

Assalamualikum.Kali ini,kita akan memebincangkan tentang ciri-ciri orang munafik.Sesungguhnya,nerakalah sebaik-baik pembalasan ke atas golongan ini.Pada zaman Khalifah Ar-Rasyidin pun sudah ada golongan ini.Mereka bukan sahaja ingin menjatuhkan pemerintahan Islam bahkan memutarkan akidah yang satu yakni Islam.
A006
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
A007
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada 
penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
A008
Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
A009
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
A010

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).


Dalam ayat tersebut,Allah telah menyatakan sifat yang terkeji orang-orang munafik.Justeru,bersama kita memantapkan iman dan ukhwah sesama muslim.Jangan tambah manis dalam minuman tapi tambahkan manis dalam iman.Renung-renungkan.Wallahua"lam bissawwab.












Saturday, March 30, 2013

Tarbiyah Al-Islamiah

Assalamualaikum.Hari ini kita bincangkan tajuk tentang penggunaan kata-kata kesat.Seperti kita tahu,kata-kata kesat ialah kata-kata yang dilontarkan oleh seseorang yang kurang baik dan kurang enak didengar.Setiap hari kita selalu dengar kata-kata kesat seperti babi,sial dan sebagainya.Allah Taala telah berfirman dalam kalanNya.

A148
Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(An-Nisaa' 4:148)

Dalam ayat in,Allah menegaskan bahawa kita mestilah menyebut kata-kata yang baik dan sedap didengar.Namun,hanya satu sahaja kata kesat yang selalu didengar iaitu bahlul.Bahlul bermaksud pandai.Justeru,saya menggalakkan agar para mukminin sekalian dapat menggunakan kata ini apabila anda marah dan sebagainya.Moga Allah mengurniakan kebijaksanaan kepada orang yang dimarah.Wallahua'lam bissawab.