Sunday, January 24, 2016

Tarbiyah Al-Islamiah

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum,semua.Alhamdulillah,dapat kita bersua kembali.Hari ini ana nak berkongsi satu ayat al-Quran yang berbunyi:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا ۚ أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ


Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
Ayat di atas menunjukkan Allah S.W.T menempelak umat manusia dan menyatakan bahawa telah dijadikan Allah neraka khusus kepada orang tidak bersyukur akan nikmat pancaindera yang telah dianugerahkan oleh-Nya kepada kita.Kita seharusnya menggunakan nikmat yang diberikan dengan sebaik mungkin untuk menegakkan syiar Islam dan bukannya kepada arah kemaksiatan.Kita hendaklah menjadi HAMBA YANG BERSYUKUR kerana di luar sana, ada yang tidak dapat merasai nikmat penglihatan,pendengaran,percakapan dan sebagainya.Justeru,hendaklah kita terus menjadi HAMBA YANG BERSYUKUR dan bukan sebaliknya.Allahua'lam...

Dirgahayu Bahasaku

1 Malaysia.

Kita Tergoyah,
Dihempas bandai,
kerna ego serta nafsimu.
Mengapa harus kita berpecah,
Sedang kita Satu Malaysia.

Adakah tiang azam masih tegak kukuh,
adakah perdu semangat tak tergoncang ribut,
ataukah langkah kita masih goyah,
tersusuk,
duri-duri duga.


Wednesday, January 20, 2016

Dirgahayu Bahasaku

Kasta.

Dalam dunia kita ini,
tak kira senang atau susah,
semua pasti sama sahaja,
tak akan pernah berbeza.

Hidup kasta,
seprti engkau millenia,
buat aku rasa muak meloya,
tak perlu rasa bongkak,berlagak,
seperti anak raja,
kerana kita semua manusia biasa.

Kau seperti,
watak antagonis yang dibenci,
dalam,cerita masa kini,
si penglibur lara sunyi,
hidup bernyawa,
tapi bagaikan mti,seakan-akan mati,
kerana hati kau mati.

Dirgahayu Bahasaku

Kembali.

Kau kata,
kau terbaik,
bagi seluruh hidupku,
Kau nyata,
kau bintang,
menerangi jalan sepi aku.

Tapi,
semua bohong,
ku tak percaya,
segala katamu,
yang terukir di dada,
ku sungguh benci kamu.

Pergi dari aku,
jauh dari aku,
aku tidak mahu,
kau dekati aku,
tinggalkanlah aku,
daripada hidupmu,kamu,
dan tak perlu kau kembali,kau kembali,
dan tak perlu lagi,perlu lagi,
mengganggu diriku.

Terkadangku tersasar,
mengikut kata-kata dustamu,
ku tahu,diriku,dirimu,
cuma insan biasa,
Maafkanlah aku,dosaku,atas segalanya,
ku tak mampu menjadi taman untuk dirimu.

Ku mulai sedar siapa diriku,
mampu berserah kepada yang satu,
ingatilah aku,
dalam doamu.